Thursday 24 May 2012

trip to gunung nuang:)

Gunung Nuang merupakan salah satu gunung yang terletak di negeri Selangor. mempunyai puncak tertinggi di negeri Selangor dengan ketinggian 1498m. menjadi salah satu tempat pilihan pendaki2 yang menyukai aktiviti mendaki gunung curam.curam ke???x sgt kot.hehe.

ini merupakan pengalaman pertama aku mendaki gunung,selama ni memang berniat nak hiking mana2 gunung,tapi memang tak berkesempatan,ada je aral melintang. tapi alhamdulillah,kali ni dapat join dengan jayanya walaupun terpaksa tinggalkan aktiviti cameron highland yang dh lama dirancang. dalam hidup nie kita kena buat pilihan,walau ianya pahit untuk ditelan. 

kami mengambil masa selama dua hari untuk memanjat gunung ini,dan  hanya sehari untuk turun dari atas gunung. walaupun kesal kerana tidak dapat tiba hingga ke puncak kerana angin kencang dan ribut hingga ke pagi, tapi sekurang-kurangnya dah dapat sesuatu dari aktiviti ini. terdapat satu kem yang diberi nama kem pacat,tp jangan risau sebab x de pacat pun kat situ.heehe.tp kat tmpat lain ada bnyak lagi.haha.dan pacat hutan yang gigit kaki nie,smpai sekarang masih x hilang kesan dier.

sepanjang perjalanan mendaki,memang kecantikkan alam sekitar yang tiada tandingannya dapat dinikmati.  untuk mendapatkan sumber air,x susah sebab sepanjang perjalanan,bnyak sumber air daripada sungai-sungai yang mengalir. air sungai ni memang untouchable,cantik sangat. kebanyakkan peserta tak melepaskan peluang untuk mandi di sungai2 yang ada.haha. cuma dekat kem pacat tue,sungainya agak jauh kebawah,dan nak turun pun sangat curam,kalau x berhati-hati,bleh jatuh tergolek tanpa sempat berpaut.owh,seram.

dan ada satu part dimana hanya ada pokok buluh sahaja sepanjang jalan. sangat cantik cuma panda sahaja yang tidak ada.:). disepanjang perjalanan ada pondok2 rehat untuk para pendaki berehat sebelum meneruskan perjalanan. bagi yang belum cuba mendaki gunung ini,anda patut mencubanya, kerana ianya adalah satu pengalaman yang tak ternilai harganya:)



trek laluan
semua peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur:)
antara pelajar2 asasi:)
pondok rehat
menikmati alam sementara menunggu peserta yang lain
berehat setelah penat mendaki
pemandangan ke bawah dari kem pacat


sesi memasak, tapak perkhemahan checkpoint 1
kem pacat
antara sungai yang ada
menyediakan breakfast,roti sardin n maggi:P
hutan buluh:)

selepas semuanya berharap ada orang nak ajak join lagi aktiviti macam ni.:)..for cameron highland,sorry x dapat join,even i really want it;(
thanks for the enjoyable moment guys:)

No comments:

Post a Comment