Saturday 14 January 2012

ekspo

13-16 januari telah diadakan ekspo penternakan, nelayan dan petani di parit buntar, perak. akhirnya tadi saya berkesempatan melawat ekspo tersebut bersama-sam ahli keluarga. dan yang paling menariknya, begitu ramai orang yang menghadiri ekspo tersebut malah telah memenuhi kawasan tersebut sekitar jam 7 pagi lagi. sangat memberansangkan. dengan mengadakan ekspo ini, para petani terutamanya dapat didedahkan dengan transformasi dan inovasi yang telah dilakukan dalam bidang pertanian itu sendiri. bnyak pameran telah diadakan di booth-booth. dan 80 buah bas telah disediakan untuk membawa para pengunjung dari setiap pelosok negara. pagi tadi, Dato' Seri Diraja Najib, perdana menteri kita telah datang merasmikan ekspo tersebut seawal jam 10 pg. khemah tempat perasmian telah dipenuhi oleh ramai orang yang menanti ketibaan perdana menteri kita. di sepanjang pameran yang diadakan pelbagai produk hasil dari industri juga telah dipromosikan. para pengunjung dapat melihat sendiri produk yang dihasilkan melalui inovasi. pekan parit buntar yang sebelum ini agak lengang, telah dipenuhi oleh kereta-kereta dan bas. namun, masalh kesesakn telah dapat diatasi dengan bantuan polis trafik yang menjaga lalulintas. malah, anggota-anggota polis ini telah bertugas sejak pukul 6 pagi lagi.
*gambar2 akan dipost kemudian*

Friday 13 January 2012

be yourself:)

its about life...btul la nie memang coretan satu kehidupan,satu perjalanan untuk menjadi seorang insan. coretan perjalanan seorang remaja yang bakal menginjak usia ke alam dewasa, coretan perjalanan seorang sahabat dan orang-orang yang muncul dan pergi sepanjang perjalanan hidup ni.
orang lain dapat ceritakan segala pengalaman dan hikayat hidup dalam bentuk puisi, sajak, cerpen, novel dan segala bentuk yang boleh diluahkan. tapi aku sendiri bukan orang yang pandai berbahasa apatah lagi melukis dan melakar. seorang insan biasa yang tak dikurniakan apa0apa kelebihan untuk meluahkan perasaan.
kita tak perlu tiru orang lainkan?cukuplah dengan hanya menjadi diri sendiri. kalau kita ikut orang,kenapa perlu macam tu. jadilah seorang insan yang ada identiti sendiri. kadang-kadang terlintas jugak dalam hati ni nak jadi macam orang tu, macam orang ni...tapi, setiap orang dikurniakan kelebihan dan kekurangan (even ak pun x atu ape kelebihan akuXD)...kita ambik contoh sesorang tu untuk jadi berjaya macam dia, tapi kita tak boleh nak jadi diri dia, sebab dia adalah dia.
daari segi fesyen tak tau la nak cakap macam mana, tapi yang pasti, setiap orang tertarik dengan kecantikkan dan keindahan bukan. bila kita tengok orang ni pakai selendang gaya macam ni,'ish,lawanya,aku pun nak buat macam nilah'...pun ikut gaya dia..tapi bagi aku rasanya tak salah kot...sekurang-kurangnyer tak ada la sampai nak bawa krisis identiti kat diri sendiri.
live.life.laugh
jadi diri sendiri tak perlu jadi orang lain...*ingatkan diri sendiri juga:)*