Wednesday 5 June 2013

petua buah oren??

assalamualaikum dan selamat petang!
konichiwa~
hehe...hari ini bangun pagi rasa ceria dan bersemangat..tapi tak sempat nak update blog..dah malam baru sempat nak buka blog ni.
bangun pagi dengan ceria sebab alhamdulillah dah baik dari demam:').
bila bangun subuh, kepala dah rasa tak berat dan diri pun rasa bertenaga.
tapi memang tak makan ubat lansung, sebab aku memang tak suka makan ubat-ubatan ni. terutamanya yang on fluid form...rasa dia erk=="..tak boleh nak describe dengan perkataan...puas juga mak aku berleter dan membebel suruh makan ubat, siap paksa semua...kalau masa budak-budak dulu boleh la nak paksa anak dia yang degil ni makan ubat. tapi bila dah besar ni, mak pun dah tak kuasa. tapi memang dari zaman duduk asrama dulu, kalau demam ke sakit ke, aku akan menapak pergi sickbay je instead of pergi klinik atau hospital..paling-paling pun telan panadol je..tapi sebenarnya selalu sangat telan panadol tanpa minta nasihat doktor tu tak bagus. so, aku harap tak ada la orang lain yang ikut jejak langkah aku ni.hehe...
disebabkan kedegilan aku makan ubat, jadi mak belikan buah oren untuk aku.
pelik juga bila pergi giant then tetiba mak beli buah oren ni..
mak cakap, suruh makan oren tu dengan garam. and i was like..erkkkkkk...oren+garam=______________
masam+masin=________....kalau makan pelam muda cicah garam tu memang favourite aku la, tapi oren dan garam, it was like...what taste it gonna be???
okay, nak tak nak...makan jugak..


mula2, oren tu mak potong jadi 6 slice..
lepas 2 mak kukus oren tu, dan tabur garam(mak pakai garam halagel,lg elok kata mak) atas oren tu..
kukus pun kejap je..
.
mak cakap kalau nak tabur terus pun x pe, mak kukus sebab nak bg garam tu betul2 meresap masuk dalam oren tu..
dan kemudiannya aku pun telan la oren tu...not bad sebenarnya rasa dia..
mak cakap petua ni bagus untuk orang yang demam, tambah-tambah lagi yang batuk.
alhamdulillah, dengan izin Allah, aku bangun pagi ni dengan kesihatan yang baik...
sama ada petua ini betul2 berkesan..mungkin jugak...hehe...

*aku harap tak dapat bakal suami seorang doktor.eh?.tak suka ubat.hehe*

Tuesday 4 June 2013

demam:'(

batuk, selsema dan demam menyerang serentak.
minggu lepas, demam dah baik...minggu ni datang balik demam tu.
orang cakap sakit tu penghapus dosa. mungkin banyak sangat dosa yang aku buat:(.
kawan-kawan semua pesan suruh jaga kesihatan baik-baik.
yela, final exam dah hampir. study, apa pun belum...
semoga diri ini cepat sembuh..aminn~

Monday 20 May 2013

a song of hopes

song of today..i just wanna it be th
Westlife - I Wanna Grow Old With You

Another day 
Without your smile 
Another day just passes by 
But now I know 
How much it means 
For you to stay 
Right here with me 

The time we spent apart will make our love grow stronger 
But it hurt so bad I can't take it any longer 

I wanna grow old with you 
I wanna die lying in your arms 
I wanna grow old with you 
I wanna be looking in your eyes 
I wanna be there for you 
Sharing everything you do 
I wanna grow old with you 

A thousand miles between us now 
It causes me to wonder how 
Our love tonight remains so strong 
It makes our risk right all along 

The time we spent apart will make our love grow stronger 
But it hurt so bad I can't take it any longer 

I wanna grow old with you 
I wanna die lying in your arms 
I wanna grow old with you 
I wanna be looking in your eyes 
I wanna be there for you 
Sharing everything you do 
I wanna grow old with you 

Things can come and go I know but 
Baby I believe 
Something's burning strong between us 
Makes it clear to me 

I wanna grow old with you 
I wanna die lying in your arms 
I wanna grow old with you 
I wanna be looking in your eyes 
I wanna be there for you 
Sharing everything you do 
I wanna grow old with you

field trip~

buat trip(field trip sbnarnya) bersama-sama rakan-rakan sekelas, seronok..itu yang tersemat dihati...
melawat syarikat Dream Edge, sebuah syarikat yang terkenal sebagai innovation centre...
melawat Taiping yang bukan la sebuah tempat yang tidak asing lagi bagi insan ini..
some how im learning something...something thats important without i realize..

dalam hidup ni kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita dibawah, tetapi dimana pun kita berada, pasti ada dugaan dan halangan akan ada.  bertindak bijak dalam menangani masalah tanpa cuba menyalahkan orang lain. saya cuba yang terbaik,tetapi kita cuma mampu merancang kan (^______^).keep smile even the thunder storm comes into our life~


sempat visit zoo taiping before balik:))..my coursemate with awesome lecturer



thanks dream edge for welcoming us:))

p/s: hoping to have another trip with u guys next time:)

Thursday 2 May 2013

after some times:)

sekian lama,setelah  sekian waktu, baru ada masa untuk menatap kembali coretan-coretan kehidupan.  masa, kadang-kadang masa untuk diri sendiri pun tak cukup.  tapi alhamdulillah, masa untuk Allah dan masa untuk family sendiri masih ada:').  semester 2 ni memang habis hectic la, totally exhausting, tanya la siapa-siapa pun tak kira la ambil kos apa pun.  the reason why its turn like that, not so sure.  maybe because of some college stuff and u activity that we get involved or the assignment that comes to us non-stop.:(.  macam mana pun as a student kena get used with all this kind of thing.  and this week dapat balik rumah dah terasa macam heaven sangat..to run away from thinking about all that-kinda-little-thing.  bila all the class get cancelled because of the PRU.  i can hear a relief from most of the student.haha.  so, for this so called holiday, try to put away all those assignment (but still to complete some of it:( which need to be submit on this sunday).  the thing that im trying to do is just to get some rest n peace.  try to get my biological-system life which is dah lama terumbang ambing dilanda macam-macam typhoon.*__*.  but alhamdulillah i still can stand on this world with HIS will.:).  dalam terumbang-ambing pun Allah masih bagi kesihatan yang baik untuk teruskan kehidupan ni.

*sekarang ni musim PRU,tapi saya masih bawah umur lagi:))
buat yang mengundi tu, selamat mengundi ^__^.

Wednesday 23 January 2013

her birthday:)

assalamualaikum,

alhamdulillah, hari ini merupakan hari kelahiran rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. bersama-sama kita berselawat keatas kekasih Allah ini.:)

Di samping itu, hari ini juga merupakan hari kelahiran seorang sahabat, teman yang sentiasa membantu ketika susah dan senang. seorang sahabat sejak di bangku sekolah menengah lagi, dan persahabatn itu terus akrab sejak bersama-sama menjejakkan kaki ke asasi.

Dia seorang sahabat yang cantik, baik hati dan sentiasa sudi menghulurkan bantuan.  sebarang pertolongan yang dipinta oleh sahabat-sahabat yang lain tidak pernah dikecewakan,malah dibantu semampunya.

Bersyukur saya dipertemukan seorang sahabat seperti dirinya.

Dia yang saya maksudkan ialah Siti Khadijah Ibrahim Edham.  Namanya secantik orangnya.hehe:)..

Buatmu sahabat,

Selamat Hari Lahir diucapkan, semoga sihat sentiasa dan dirahmati Allah.  Semoga dirimu sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur. Semoga berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak.:)



sahabat,
bila ku bersedih,
dirimu datang hadir disisi,
pintamu kuluahkan beban di hatiku,
dirimu setia mendengar deritaku,
nasihat kau beri agar diriku teguh berdiri,
lantas hati ini tercuit dengan keikhlasanmu,
kupingin persahabatan ini berkekalan,
hanya kematian memisahkan kita,
in shaa Allah,
sanah helwah ya ukhti:)



Sunday 20 January 2013

jalan~


liku-liku satu perjalanan
penuh onak duri
langkah diatur dengan budi
agar diri tak lupa berbakti
impian itu berjuta batu
masih jauh untuk digapai
hanya kaki yang mampu melangkah
terus ke hadapan
adat dunia mengejar cita
cita mengunung di puncak tertinggi
dari tapak ke tapak
cekal berlari
ranjau nan menguris luka
tak lagi ku peduli
puncak itu bakal ku daki
suatu hari nanti

luahan hati tua itu



Hati seorang ibu mana yang tega dilukai oleh anak sendiri, anadai dahulu kita mendengar kisah si Tanggang anak durhaka,namun kini tanggang moden semakin berleluasa di atas muka bumi ini. Ibu-ibu tua yang tidak bermaya itu dibiar tanpa belas dan ihsan anak-anak sendiri. Lantas ibu dan bapa tua itu mengambil keputusan untuk tinggal dirumah orang-orang tua pabila tiada lagi anak yang sudi menemani dan menjaga hati tua itu.
Kisah seorang ibu tua yang tinggal sendirian selepas kematian suaminya.
Selepas kematian suaminya,nenek tua ini terus tinggal bersama anak perempuannya,siti,menantunya,zamri dan cucu-cucunya. Manakala anak-anaknya yang lain pula tinggal jauh mengikuti suami masing-masing,almaklumnya kesemua anak nenek tua ini adalah perempuan. Setelah sekian lama anaknya tinggal bersama,akhirnya Siti mengambil keputusan untuk membina rumah sendiri diatas tanah tidak berapa jauh dari rumah ibunya. Hati si ibu sedih, melihat anaknya itu sudah tidak mahu tinggal serumah dengannya sedangkan rumah yang ingin dibina itu hanya memerlukan sepeuluh langkah perjalanan unutk sampai.
"Ibu, Siti bukan tak nak tinggal dengan ibu, tapi cuba ibu tengok rumah ni, dah tunggu masa nak roboh je. Siti buat rumah ni pun sebagai persediaan,mana la tahu kalau-kalau rumah ni roboh esok, tak payah la susah-susah nak cari tempat tinggal. Ibu boleh la nak tumpang rumah Along ke Acik ke. Habis Siti anak beranak ni nak tumpang rumah mereka, tak nak la Siti, buat susah mereka je,nanti mereka kata apa pula. Lagipun tanah kat belakang ni bukan nya nak buat apa pun. Lagipun,ibu boleh duduk sekali dengan Siti. Rumah ni kita robohkan je la, bila rumah Siti tu dah siap." Terang Siti pada ibunya.
"Siti, ibu bukan larang Siti nak bina rumah tu. Tapi ibu sayang rumah ni Siti,disini lah segala kenangan ibu dengan arwah ayah kamu tersemadi. Di rumah ini la, ibu membesarkan kamu adik-beradik. Kalau boleh biarlah saat-saat terakhir ibu bersama rumah ni. Lagipun duit simpanan ibu masih ada, kita boleh baiki apa-apa yang rosak Siti. Duit tu boleh gunakan untuk kukuhkan lagi rumah ni. Nanti kalau ibu dah tak da pun kamu boleh terus tinggal kat rumah ni. Kan Siti?".
"Ibu, kita nak baiki atau kukuhkan lagi macam mana? Rumah ni memang tak da harapan untuk diperbaiki pun. Lagipun Siti tak suka la rumah sempit ni, Siti nak buat rumah yang lagi besar dan luas, boleh juga kalau anak-anak Siti nak main kejar-kejar ke dalam rumah."
"Tapi, ibu…."
"Dah la ibu, Siti tetap dengan keputusan Siti, lagipun Abang Zamri dah setuju dengan Siti." Lalu Siti pergi meninggalkan ibunya tanpa sempat si ibu mengatakan apa-apa.
Luluh hati ibu itu apabila anaknya tetap dengan keputusannya. Sebenarnya, buatkanlah niat hati ingin berpindah,tetapi lebih pada menyokong suaminya sendiri.
"abang, Siti rasa bersalahlah dengan ibu,tak patut kalau kita tinggalkan ibu macam tu je."luah Siti pada Zamri.
"Siti, abang dah tahan lagi nak tinggal dengan ibu. Abang tahu, yang ibu memang tak suka abang ni jadi menantu dia. Abang tahu yang abang ni kerja pun petani biasa je. Kasi pagi makan pagi. Tapi abang tak tahan kalau dia asyik nak peril-perli dan kutuk-kutuk abang." Keluh Zamri.
"Tapi ibu takkan bagi kita pindah abang."
"Pedulikanlah dia, barang dapur selama ni pun abang juga yang belikan. Dia tak bagi kita pindah sebab lepas ni dah tak ada orang yang nak belikan dia barang-barang dapur lagi dah. Itu pun kalau abang beli, bukannya dia tahu nak berterima kasih, siap tak nak guna lagi barang-barang tu."
Siti hanya mampu terdiam dan tidak mampu lagi nak membalas kata-kata suaminya.
Namun, tanpa mereka sedari, disebalik ruang yang terbuka di celah pintu itu, ada hati tua yang sedang terhiris duka mendengar setia bait-bait kata yang terlontar. Ibu mana yang tidak ingin melihat anak-anak mereka bahagia. Lantas semua keinginan si anak semuanya dipenuhi selama membesarkan mereka. Siti merupakan anak keempat daripada lima adik beradik dan merupakan anak paling manja dalam keluarga. Abangnya yang merupakan anak sulung telah meninggal dunia semasa berusia 19 tahun akibat kemalangan. Zamri merupakan pilihan hatinya untuk dijadikan suami setelah 3 tahun bercinta. Namun, ayah dan ibunya tidak berapa berkenan dengan Zamri. Namun, Siti mengugut untuk kahwin lari seandainya kedua ibu bapanya tidak mengizinkan. Bukan ibu dan ayahnya tidak bersetuju, tetapi memikirkan Zamri sangat terkenal dengan perangainya yang 'elok' di kampong itu, begitu sukar untuk mereka membuat keputusan. Zamri, bekerja dengan mengusahakan tanah sawah ayahnya. Namun sikapnya yang sangat menjelikkan ialah pabila dia suka bermain nombor ekor, berjudi dan menipu wang orang. Sikap-sikap itulah yang kurang digemari oleh ibu dan ayahnya.
Bukan kebahagiaan yang mereka bimbangkan, namun memikirkan rezeki yang bakal disuap ke mulut isteri dan anak-anaknya nanti bagaimana. Tak sanggup mereka membayangkan. Namun, disebabkan ugutan Siti, mereka mengalah dan mengahwinkan Siti dan Zamri. Namun mereka sempat berpesan pada Zamri agar mengubah sikapnya itu. Setelah berkahwin, Zamri mula berubah kearah yang lebih baik. Dia lebih rajin menjejakkan kaki ke surau dan kelas-kelas agama yang di anjurkan pihak surau.
Namun, perubahan itu tidak berkekalan apabila Zamri menghadapi masalah kewangan pabila tanah sawah yang diusahakan tidak membuahkan hasil yang mengutungkan. Malah, hasilnya rosak teruk diserang ulat-ulat. Tambahan lagi dia memerlukan wang ketika itu untuk membayar yuran persekolahan anaknya serta hutang-hutang yang bertimbun-timbun yang tergalas dibahu. Lantas, kegiatan lamanya kembali dilakukan. Dia kembali bermain nombor ekor, namun kegiatannya djalankan secara senyap-senyap agar tak terkesan oleh isteri mahupun ibu mertuanya. Namun, mulut orang kampong bukan boleh ditutup seperti tempayan, kegiatannya sampai jua ke pengetahuan ibu mertuanya. Hati tua itu remuk mengenangkan perangai menantunya, lalu, segala barang keperluan yang dibeli oleh menantunya tidak disentuh dan digunakan. Dia lebih rela menggunakan kudrat dan sumber sekeliling yang ada.
Setelah rumah milik Siti dan Zamri siap, mereka terus berpindah masuk. Tiada kata yang diucapkan pada si ibu. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tinggallah ibu tua itu berseorangan di pondok using itu. Segala barang keperluannya, dibeli menggunakan wang pencen suaminya. Lelah berbasikal tidak dihiraukan, kerana tiada lagi yang sudi mengambil berat tentang diri tua ini. Siti dan Zamri pula tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke rumah itu. Khabar si ibu juga tidak lagi ditanya. Si ibu dibiarkan hidup keseorangan, malah cucunya juga tidak dibenarkan Siti untuk menemani neneknya. Saban hari Siti hanya berkurung di dalam rumah dan hanya keluar sesekali pada waktu maghrib untuk menyapu sampah di halaman. Semuanya dilakukan agar dia tidak terserempak dengan ibunya. Pernah pada suatu hari, Siti berpakaian cantik untuk menghadiri majlis perkahwinan di hujung kampung. Melihat Siti yang berpakaian cantik, si ibu bertanya,
"Eh, Siti pakai cantik-cantik ni, nak makan kenduri di mana?"
Namun, persoalan yang diluahkan si ibu tidak dijawab, malah Siti hanya diam dan lansung tidak memandang si ibu yang mengharapkan jawapan. Ini bukan kali pertama Siti bereaksi begitu apabila ditanya, malah mungkin sudah berpuluh-puluh kali. Andai kita punya sahabat, dan seorang sahabat memperlakukan kita sebegitu, pasti hati ini rasa marah dan sakit. Namun, kasih si ibu, dia tetap bertahan walau sebegitu layanan si anak terhadapnya.
Tapi tahap kesabaran si ibu jua ada hadnya. Puas adik beradik Siti menasihatkannya agar sentiasa menjaga ibu mereka kerana mereka semua tinggal berjauhan dari ibu kerana mengikut suami masing-masing. Namun, peringatan itu hanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Hanya sesekali adik-beradik Siti yang lain pulang menjenguk ibu mereka, secara bergilir-gilir. Kadang kala ibu mengikut mereka dan tinggal bersama anak-anaknya yang lain, namun selalunya tidak lama, dalam sebulan dua sahaja. Tidak betah dia ingin meninggalkan rumah kenangan bersama arwah suami lama-lama. Tidak ada yang sudi menjaga katanya.
Melihat anak-anak yang lain sanggup bersusah payah deminya, terubat sedikit rasa perit di hati tentang perangai Siti. Siti begitu yakin, bahawa tidak ada ibu yang tidak sanggup memaafkan anak sendiri. Suatu hari, si ibu meluahkan rasa hatinya pada seorang kanak-kanak yang datang membeli laksa dan ais krim yang merupakan sumber pencariannya.
"cu, nanti kalau cu dah besar jaga mak baik-baik, jangan lukakan hati mak. Nenek ada anak yang dekat di mata, tapi jauh di hati. Hari tu, nenek nampak anak nenek bawa balik dua biji buah cempedak, nenek teringin sangat nak makan cucur cempedak, tapi menantu nenek cakap buah tu tak masak lagi, jadi nenek tunggu dan tunggu, tapi tak ada pula mereka nak hulur sikit cempedak tu buat nenek. Hati nenek sedih sebab tak dapat nak makan, tapi mugkin sebab mereka terlupa tentang nenek. Tapi, bila lama tengok layanan anak nenek pada nenek dan andai kata nenek meninggal dunia malam ni tanpa sempat maafkan anak nenek, agaknya apa nasib anak nenek ye cu?"
Anak kecil itu hanya memandang nenek itu dan mengangguk tanda faham.
Kadang kala kita tidak sedar, kita telah melukakan hati seorang insan yang pernah melahirkan dan membesarkan kita. Setiap ibu mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Cukuplah kisah si Tanggang menjadi pengajaran, jangan ulangi kisah Tanggang itu lagi. Hargailah insan bernama ibu,mak,mama,umi,mummy selagi mereka masih bernafas di atas muka bumi Allah ini.

Monday 14 January 2013

2013,its semester break:)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,masih berkesempatan unutk menulis lagi dengan izinNya. Berakhirnya tahun 2012 kini berganti dengan tahun 2013 pula. Alhamdulillah,sempat menghabiskan satu tahun yang penuh bermakna bersama rakan-rakan dan keluarga.banyak kenangan yang tercipta dalam tahun 2012 itu sendiri. Kenangan-kenangan yang tak mungkin bakal saya lupakan. Akan sentiasa tersemat kemas dalam lipatan sejarah hidup. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi hadir dalam kehidupan saya.

Tamatnya tahun 2012 seiring dengan tamatnya pengajian di semester 1 bachelor kejuruteraan pertanian dan biosistem. walaupun semester 1 berakhir selepas beberapa hari menjengah ke tahun 2013. dapat menghabiskan semester 1 dengan penuh jaya dan cemerlang merupakan satu impian.

  • berjaya menghabiskan semester tanpa masalah disiplin---success
  • hantar semua assignment on time---success
  • result cemerlang (target 3.50)---pending--------


result ni kena tgok dulu la,lecturer sedang sibuk tanda paper exam dan saya pun sibuk hari-hari budak sistem  maklumat pelajar if lecturer ada update marks.hehe.tak sabar nak tahu markah.:)

berakhirnya semester 1 pula bermakna bermula lah cuti semester selama sebulan buat pelajar-pelajar ijazah. macam saya start cuti 9hb januari, buat rakan-rakan yang habis exam awal,makin awallah kepulangan mereka ke kampung halaman masing-masing. yang lambat pula, bersabarlah, akan ada 'reward' lain untuk kesabaran anda menanti waktu cuti anda;). namun ada juga rakan-rakan yang merungut tidak dapat pulang kerumah kerana terlibat dengan kem-kem yang dianjurkan oleh pihak kolej mahupun persatuan. buat yang tidak dapat bercuti kerana tanggungjawab yang digalas pula,saya harap mereka ikhlas memikul tanggungjawab itu. jangan risau,setiap tanggungjawab yang anda laksanakan dengan ikhlas, in shaa Allah, ada pulangan lumayan yang belum terlihat mata kasar sekarang:)).

yang duduk di rumah pun tak boleh nak makan tidur sahaja. sebelum pulang bercuti dahulu, saya tidak terus pulang pada 9hb, menginap beberapa hari dahulu di kolej  kesayangan bersama teman-teman tersayang. bila ditanya mengapa masih belum pulang. saya menjawab "kalau balik rumah pun bosan,tak ada apa-apa yang boleh dilakukan". tapi ibu tetap mengesa saya pulang, saya turut kata ibu dan pulang kerumah pada 12hb. setelah pulang baru saya menyedari bahawa banyak perkara sebenarnya yang saya perlu lakukan di rumah,dan ibu perlukan saya. saya hampir terlupa, andai sahaja saya kebosanan dirumah,ibu pasti lagi bosan, jadi sepatutnya saya yang menemani ibu di rumah. maafkan saya ibu:(.saya lalai dan tidak memikirkan perasaan ibu.peringatan buat diri dan sahabat2,sentiasa ingati keluarga. family comes first:)



till meet again
jie
220635