Tuesday 30 October 2012

bestfriend:))

assalamualaikum dan selamat hari raya:))

masih belum terlambat bukan untuk mengucapkan raya haji.hehe.life yang busy sejak 3-4 bulan nie buat diri ini tak sempat pun nak menjengah blog nie.hari nie masuk blog balik bawak penyapu,feather duster dgn mop segala bagai*over*:D.niat nak membersihkan sawang2 dan habuk-habuk yang telah memenuhi blog ni.

lately nie,there was something in my mind.something about relationship that we called bestfriend.maksud bestfriend nie terpulang pada setiap individu nak mentafsirkan yang sebagaimana. tapi secara umumnya orang akan cakap,bestfriend a.k.a kawan baik/kawan rapat ni adalah orang yang sentiasa bersama kita dikala susah dan senang,dikala sedih dan ketawa,dikala hujan dan panas.

bagi diri ini,bestfriend itu ditafsirkan sebagai seorang insan yang sedia mengigatkan diri ini tatkala diri ini leka dengan permainan dunia,membawa diri ini kearah jalan kebenaran dan jalan kejayaan malah sudi berkongsi setiap detik bahagia bersama. dalam kamus hidup insan ini, tak perlukan label sahabat baik ketika kesusahan,kerana insan ini dilahirkan bukan sebagai insan yang sudi berkongsi kesusahan yang dihadapi dengan orang lain.biarlah dia melihat gelak tawaku,tapi ku tak ingin dia melihat tangisan air mataku.

lumrah kehidupan, semua insan akan berkata,masalah jangan disimpan sorang2,tapi tidak bagi diri ini. kehadiran sahabat baik dalam kehidupanku cukup sebagai seseorang yang sudi menyayangi diri ini seadanya dan menerima seadanya.



zaman moden ini bukan sahaja kaum sejantina boleh menjadi sahabat baik, malah ada jua yang berlainan jantina. namun,sekiranya memilih rakan berlainan jantina sebagai sahabat baik,batas2 pergaulan perlu dijaga.namun kebnayakkannya, kes-kes sebegini akan berakhir dengan terdiri nya masjid dari sebuah perhubungan yang dinamakan kawan baik ini.

seorang sahabat pernah meluahkan rasa ketidakselesaannya apabila orang yang dia cintai itu mempunyai bestfriend dengan berlainan jantina.hatinya cemburu dan sakit tatkala melihat mereka bersama.tapi lumrah hidup,jodoh,ajal dan rezeki itu ketentuan Allah,kita sebagai manusia hanya merancang. kepada insan2 yang mempunyai sahabat baik a.k.a bestfriend ini bersyukurlah kerana anda mempunyai sahabat yang sentiasa menyayangi anda seikhlas hatinya dan tak lokek meluangkan masa mereka untuk anda:)

semoga perhubungan yang terjalin atas tali persahabatan ini akan kekal selamanya.bersahabat dan berpisahlah kerana Allah:)



 this one,i dedicated to all my friend:))



Thursday 24 May 2012

trip to gunung nuang:)

Gunung Nuang merupakan salah satu gunung yang terletak di negeri Selangor. mempunyai puncak tertinggi di negeri Selangor dengan ketinggian 1498m. menjadi salah satu tempat pilihan pendaki2 yang menyukai aktiviti mendaki gunung curam.curam ke???x sgt kot.hehe.

ini merupakan pengalaman pertama aku mendaki gunung,selama ni memang berniat nak hiking mana2 gunung,tapi memang tak berkesempatan,ada je aral melintang. tapi alhamdulillah,kali ni dapat join dengan jayanya walaupun terpaksa tinggalkan aktiviti cameron highland yang dh lama dirancang. dalam hidup nie kita kena buat pilihan,walau ianya pahit untuk ditelan. 

kami mengambil masa selama dua hari untuk memanjat gunung ini,dan  hanya sehari untuk turun dari atas gunung. walaupun kesal kerana tidak dapat tiba hingga ke puncak kerana angin kencang dan ribut hingga ke pagi, tapi sekurang-kurangnya dah dapat sesuatu dari aktiviti ini. terdapat satu kem yang diberi nama kem pacat,tp jangan risau sebab x de pacat pun kat situ.heehe.tp kat tmpat lain ada bnyak lagi.haha.dan pacat hutan yang gigit kaki nie,smpai sekarang masih x hilang kesan dier.

sepanjang perjalanan mendaki,memang kecantikkan alam sekitar yang tiada tandingannya dapat dinikmati.  untuk mendapatkan sumber air,x susah sebab sepanjang perjalanan,bnyak sumber air daripada sungai-sungai yang mengalir. air sungai ni memang untouchable,cantik sangat. kebanyakkan peserta tak melepaskan peluang untuk mandi di sungai2 yang ada.haha. cuma dekat kem pacat tue,sungainya agak jauh kebawah,dan nak turun pun sangat curam,kalau x berhati-hati,bleh jatuh tergolek tanpa sempat berpaut.owh,seram.

dan ada satu part dimana hanya ada pokok buluh sahaja sepanjang jalan. sangat cantik cuma panda sahaja yang tidak ada.:). disepanjang perjalanan ada pondok2 rehat untuk para pendaki berehat sebelum meneruskan perjalanan. bagi yang belum cuba mendaki gunung ini,anda patut mencubanya, kerana ianya adalah satu pengalaman yang tak ternilai harganya:)



trek laluan
semua peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur:)
antara pelajar2 asasi:)
pondok rehat
menikmati alam sementara menunggu peserta yang lain
berehat setelah penat mendaki
pemandangan ke bawah dari kem pacat


sesi memasak, tapak perkhemahan checkpoint 1
kem pacat
antara sungai yang ada
menyediakan breakfast,roti sardin n maggi:P
hutan buluh:)

selepas semuanya berharap ada orang nak ajak join lagi aktiviti macam ni.:)..for cameron highland,sorry x dapat join,even i really want it;(
thanks for the enjoyable moment guys:)

Tuesday 22 May 2012

 roomates<3E405

 assalamualaikum

walaupun cuti lama tapi tangan nie agak malas nak menaip kat blog.untuk adik2 yang lepasan spm 2011 dan dapt melanjutkan pelajarn ke IPTA dan matrikulasi,syabas dan tahniah diucapkan.

rindu pada kawan2,rindu semuanya sebab bosan duduk rumah.jd aku nak tulis pasal roomate aku yang juga memerangkap classmate aku:)

basically roomate aku cuma 5 orang. which is sha,fairuz,syuhada n syuhada. tapi edlleena n azira dh dikira sebahagian from my room.hehe.......so,these are the picture of them~

                                                   dari kiri fairuz,sha n syuhada ali:)
sha,edleena,syuhada ali n fairuz:)

syuhada anwar,syuhada ali n fairuz:)


edleena,sha n syuhada anwar

syuhada ali:) (comel x??)

yg paling close dengan aku,edleena.:)
syuhada anwar,sha,edleena,fairuz n mira



azira:)

aku nak cerita serba sedikit tentang pengarang2 jantung hatiku nie.hehe.

syuhada anwar

anak kedua daripada 5 orang adik beradik,budak yang paling pandai kimia dalam bilik.syu seorang yang sangat rajin study. korean fanatic,tanya pasal artis korea,dia mesti tau punya, walaupun aku tak pernah nak ingat nama2 artis korea walau dah beribu kali tengok cerita tu. terima kasih sebab ajar aku kimia selama ini.huhu.seorang rakan yang baik,comel dengan pokok kelapa sawit dekat atas kepala,hehe,jangan marah ekh. dia jarang balik rumah walau rumah kat ipoh je sebab mak tak bagi balik,so,dia la yang teman aku kalau aku pun x balik rumah.hehe.budak ini bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia jugak, semoga awak success dalam hidup okay.sayang syu:)

sha

anak bongsu daripada 5 orang adik beradik(erk,5 ke 4??).budak ini sangat suka biology. tapi kalau nak tau,markah pertanian dia selalu yang paling top antara kami semua. kalau bab bergaya and paling cun paling  terserah kat dia, tapi insan ini sudah berpunya tau.hehe.seorang yang sangat suka berjogging,setiap petang bukit ekspo akan jadi tempat tetap kunjungan dia,melainkan hari hujan:). aku pun dah jarang berjogging sejak menjejakkan kaki ke upm,hehe. dia ibarat doktor kat dalam bilik aku.hehe.kalau ada yang sakit,dia yang tolong bagi ubat. dengan meminati bidang biology,insyaAllah dia akan sambung dalam bidang yang melibatkan perubatan dan kesihatan:)semoga berjaya tau,sayang sha:)

fairuz

haa..kalau nak tau dia la yang paling ramai adik beradik antara kami semua,anak ketiga terakhir daripada 10 orang adik beradik(kira sendiri ekh). dh kenal dengan dia sejak berusia 7 tahun. usia perkenalan kini sudah menjangkau hampir 12 tahun.sangat lama okay.hehe. orang nyer kecik2 sahaja,tapi kalau lari dia la pemenang. terbukti setelah dia menang kedua2 event yang melibatkan larian oleh pihak universiti.aku tumpang bangga jer nie..hehe. karier atletnyer dh terserlah sejak sekolah rendah lagi.hehe.harap dpat teruskan lagi...tapi dalam kesibukkan dia,dia sangat rajin study,tido lewat dan bangun awal. kalau aku nk buat memang x jadi,akula orang yang tido paling awal dalam bilik tu. aku x tau kenapa tapi mungkin bakat terpendam menjadikan dia sebagai setiausaha dalam pelbagai organisasi.setiausaha berjaya tau.hehe. seorang yang tak mudah patah semangat,walaupun dia sedih,dia tak pernah tunjuk.toilet jd saksi.hehe.saya harap awak berjaya dalam bidang pilihan awak:) sayang fairuz:)kalau ada masa dtangla rumah~

syuhada ali

ini pun anak bongsu jugak. memang bilik aku hanya untuk anak2 bongsu sahaja.hehe.budak nie paling pandai math:)...dalam otak dier macam kalkulator agaknyer.hehe.hmmm..anak bongsu yang ini  tak tau nak cakap dia manja atau tak.tapi rasanya memang manja pun. berasal dari kelantan darul naim. kalau dia sedang buat kerja or tengah study lebih baik jangan ganggu,nanti ada yang stress.hehe. tapi aku selalu je kacau dia,bagi dia terkejut.hehe.bila blackout,mesti aku teringat kat budak ni,ada kenangan disitu.haha.tp x bleh bgtau, sorry..hehe..dengan minat kepada physics n math, budak ini akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.insyaAllah..sorry sebab selalu takutkan awak selama nie,buat awak terkejut,selalu kena buli dengan saya.sorry ekh:)jadi la jurutera berjaya ye.majukan teknologi Malaysia:)sayang awak ada:)

azira

azira pun sebenarnya not officially my roomate,tp dh anggap macam roomate sendiri sebab memang selalu la dtg bilik lepak sekali.hehe.anak ketiga daripada 4 adik beradik.nasib baik x bongsu jugak.hehe. dia rapat dengan sha. seorang sahabat yang baik,kalau orang susah dia msti akan tolong.baikkan. dengan muka ala2 arab gitue,dia sangat cantik dan sangat pandai bergaya.budak ini pun bakal ke kolej 17.semua nak g sana,tinggal la aku sorang2.haish.haha.x pe la semua dah ilih haluan masing2.semoga berjaya dengan cemerlang:)sayang zee:)

edleena

dan anak bongsu yang terakhir adalah budak ini. haha...bongsuu jugak..ermm,yang ini paling rapat dgn aku,kalau g mana2 kalau aku berseorangan,orang akan tanya"mana ed?".hehe. berasal dari ipoh,sama mcm syu memandangkan mereka ini satu sekolah rendah dulu. dan macam mana aku boleh rapat dengan ed pun ak x ingat.huhu. sebnrnyer ed bilik sebelah,tp dengan tak rasminya telah menjadi ahli bilik aku:).dia pun 5 orang adik beradik jugak.aku tak tau budak ni pandai subjek ape,sebab rasanya semua subjek dia score dengan jayanya. tempat rujukan aku bila aku dh stress n x bleh jawab soalan. rindu nak sembang2 n gosip2 dengan ed.haha.sebab kebnayakkan gosip adalah rahsia.hehe.okay dh x tau nak tulis ape.harap2 ed maafkan salah dan silap aku selama ni.kesian dia bila mood aku tgah swing,dgan2 dia2 ak terswing sekali.sorry tau.kalau awak dapt lanjutkan pelajaran,kita akan jarang berjumpa lagi.selamat tinggal.eceyhh.nak buat sedyh2.semoga awak berjaya dalam semua perkara yang awak lakukan:)syang ed<3:)

buat rakan2 terima kasih sebab sudi menjadi sebahagian daripada kehidupan saya.maafkan sahabat mu ini andai pernah terlanjur bicara dan kata.maaf sebab saya bukan seorang sahabat yang baik buat awak semua. kalau ada jodoh,insyaAllah kita akan bertemu lagi~

this song i dedicated to all of you<3<3
amar-sahabat

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat




Sunday 6 May 2012

ASASI:'((

4/5/2012,berakhirnya satu sedutan episod kehidupan.  Alhamdulillah, dh tamat zaman asasi yang selama nie aku jalani.  aku sangat berterima kasih pada pihak asasi sebab memberi keizinan untuk aku sambung belajar kat sini.  walaupun dulu sekolah SBP, tapi life sbgai bdak U nie lain sbnarnyer.  walau hanya setahun bersama dengan kawan2, tapi rasa keakraban tue lebih lagi.  kat sini aku dh belajar macam2. belajar untuk menjadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab, pandai bahagi masa, menguruskan sesuatu organisasi dan yang paling penting, aku belajar untuk berkawan dan menghormati orang lain.  masih ada rasa terkilan sebab dah hbis asasi. dh habis bermaksud lepas nie memang susah nk gather blik jumpe, coz after this everyone akan ikut thier own path. ape2 pun aku akan merindui kolej 13(tempat aku tinggal sepanjang 1 tahun) dan pusat asasi sains pertanian,(tempat aku belajar:).  thanks jugak to semua lecturer2 yang sgt awesome, walau dh tua tp semangat berganda-ganda:).  i'm gonna miss all this:'(.

Tuesday 3 April 2012

subhanaallah,setiap cahaya yang lahir dari mentari adalah ciptaan yang indah dan tak akan dapat ditandingi oleh manusia itu sendiri:)

apakah ini??


apakah yg kurasa
tika ini dan saat ini
tatkala kau muncul dalam
hidupku
kau ibarat titisan embun yg ku cari
ku temui kini
rasa bahagia
pabila kau tersenyum
rasa terluka
pabila kau berduka
hidupku seolah x bermakna tanpamu
apakah yang kurasa
andai hadirmu
mengundang tawa
dan senyumku
pergimu membawa segalanya
adakah ini satu anugerah
atau
hanya mainan perasaan semata
ku menanti dirimu
agar ku dapat jawapannya
apa yang kurasakan ini
agar dapat kau terangkan
agar dirimu tahu
bahawa aku
wujud disisimu
agar dirimu tahu
bahawa kau hanya satu
dalam seribu......................

Sunday 4 March 2012

Saturday 14 January 2012

ekspo

13-16 januari telah diadakan ekspo penternakan, nelayan dan petani di parit buntar, perak. akhirnya tadi saya berkesempatan melawat ekspo tersebut bersama-sam ahli keluarga. dan yang paling menariknya, begitu ramai orang yang menghadiri ekspo tersebut malah telah memenuhi kawasan tersebut sekitar jam 7 pagi lagi. sangat memberansangkan. dengan mengadakan ekspo ini, para petani terutamanya dapat didedahkan dengan transformasi dan inovasi yang telah dilakukan dalam bidang pertanian itu sendiri. bnyak pameran telah diadakan di booth-booth. dan 80 buah bas telah disediakan untuk membawa para pengunjung dari setiap pelosok negara. pagi tadi, Dato' Seri Diraja Najib, perdana menteri kita telah datang merasmikan ekspo tersebut seawal jam 10 pg. khemah tempat perasmian telah dipenuhi oleh ramai orang yang menanti ketibaan perdana menteri kita. di sepanjang pameran yang diadakan pelbagai produk hasil dari industri juga telah dipromosikan. para pengunjung dapat melihat sendiri produk yang dihasilkan melalui inovasi. pekan parit buntar yang sebelum ini agak lengang, telah dipenuhi oleh kereta-kereta dan bas. namun, masalh kesesakn telah dapat diatasi dengan bantuan polis trafik yang menjaga lalulintas. malah, anggota-anggota polis ini telah bertugas sejak pukul 6 pagi lagi.
*gambar2 akan dipost kemudian*

Friday 13 January 2012

be yourself:)

its about life...btul la nie memang coretan satu kehidupan,satu perjalanan untuk menjadi seorang insan. coretan perjalanan seorang remaja yang bakal menginjak usia ke alam dewasa, coretan perjalanan seorang sahabat dan orang-orang yang muncul dan pergi sepanjang perjalanan hidup ni.
orang lain dapat ceritakan segala pengalaman dan hikayat hidup dalam bentuk puisi, sajak, cerpen, novel dan segala bentuk yang boleh diluahkan. tapi aku sendiri bukan orang yang pandai berbahasa apatah lagi melukis dan melakar. seorang insan biasa yang tak dikurniakan apa0apa kelebihan untuk meluahkan perasaan.
kita tak perlu tiru orang lainkan?cukuplah dengan hanya menjadi diri sendiri. kalau kita ikut orang,kenapa perlu macam tu. jadilah seorang insan yang ada identiti sendiri. kadang-kadang terlintas jugak dalam hati ni nak jadi macam orang tu, macam orang ni...tapi, setiap orang dikurniakan kelebihan dan kekurangan (even ak pun x atu ape kelebihan akuXD)...kita ambik contoh sesorang tu untuk jadi berjaya macam dia, tapi kita tak boleh nak jadi diri dia, sebab dia adalah dia.
daari segi fesyen tak tau la nak cakap macam mana, tapi yang pasti, setiap orang tertarik dengan kecantikkan dan keindahan bukan. bila kita tengok orang ni pakai selendang gaya macam ni,'ish,lawanya,aku pun nak buat macam nilah'...pun ikut gaya dia..tapi bagi aku rasanya tak salah kot...sekurang-kurangnyer tak ada la sampai nak bawa krisis identiti kat diri sendiri.
live.life.laugh
jadi diri sendiri tak perlu jadi orang lain...*ingatkan diri sendiri juga:)*