Friday, 15 April 2011

aku sudah bertunang:)...

this story is from ilham magazine..enjoy and take a lesson from it:)
Hari-hari yangb berlalu dilewati seakan sudah bertahun lamanya,namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.  Iya, hanya beberapa minggu lalu.  Berita itu aku sanggup terima dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.  Benar, aku berusaha berlapang dada.  Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hamper saat kita benar-benar berada ditepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung.  Maha suci Allah yang menggangkat aku, meletakkan aku kembali dijalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah tabah.
Aku hanya seorang Insyirah.  Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol.  Jalanku dua kaki, lihatku juga menggunakan dua mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.  Aku tidak buta, tidak juga tuli, mahupun bisu.  Aku bias melihat dengan mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan telinga pinjaman Allah juga aku bisa berkata-kata dengan lidahku yang lembut tak bertulang.  Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Sheikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Fatimah dalam setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memertabatkan Islam.  Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama…Negeri Barzakh, Insyaallah.  Destinasiku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi.  Tiada keraguan dalam perkara ini.  Sejak, dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat tanganku memakai cincin dijari manis.  Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan.  Diamku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diamku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu.  Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”
Aku menjawab tenang…”warna putih, bersih…”
“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat”
“Ibu,empat meter sudah cukup untuk sepasang jubah.  Jangan berlebihan.”
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu persatu….helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah.  Malam pertama sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya, tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut.  Mudah-mudahan ya Allah.  Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang Al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh.  Mudah-mudahan aku tenang…As-Syifa’ aku adalah Al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti.  Benar aku….sedang memujuk gelora hati.  mahu pecah jantung menanti hari pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya.  Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah.  Maaf, aku masih merahsiakan tentang perkara itu.  Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu hanya antara aku dan keluargaku.
"Insyaallah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah.  Itu paling utama."
Berita itu juga membuat beberapa orang menjauhkan diri dariku.  Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan.  Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
aku hanya tersenyum untuk sekian kalinya.  Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandaikan aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.  Sahabiah juga merasa kehilanganku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa'ku Al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalmuallah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan  menyelinap dalam setiap derap nafasku menati hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insyaallah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!"Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak."  itu saja pesanku.  Aku juga tidak tahu di mana mahu melansungkan pernikahanku. aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri.  Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insyaallah, kalian pasti akan tahu bila sampai waktunya nanti."
Rahsiaku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.  Cuma hanya termampu  menyiapkan diri sebaiknya.  Untung aku dilamar dan dikhitbahkan dahulu tanpa menikah secara mengejut sepeti orang lain.  Semuanya aku sedia sedaya upaya, baju menikah dan segala keperluan...dan aku katakan sekali lagi pada ibuku....
"Usah berlebihan yA.."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi...Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya.  Maklumlah hari bahagia dah dekat...Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut.  Maaf tarikhnya belum ditetapkan lagii."
Sehingga kini , aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti.  Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut.  Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia dengan hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak.  Doakan aku, itu sahaja
***********************************************
"Innalillahi wainna ilaihi raajiuun.."
"Tenangnya...Subhanallah.  Allahuakhbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga allah memberkatinya..."
Allah, itu suara sahabat-sahabatku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.  Akhirnya aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian.  Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.  Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku pada Allah.  Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan  umum.  Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbahkan aku.
Dalam sedar tidak sedar....hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahanku...sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam raffa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada ilahi.  Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
" Ya Allah, telah engkau tunangkan aku tidak lain dengan dia yang mendekatkan dengan Mu.  Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan tentang alam akhirat.  Engkau satukan kamidalam majlisyang engkau redhai.aku hamba yang tidak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan.  Engkaumaha mengetahui apa yang tidak aku ketahui...
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab..."dengan kematian wahai anakku.  Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki dan juga otaknya.  Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"allahuakhbar..." Terduduk khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk,tersenyum lembut...."Ini nak,bukunya"....'Malam pertama di alam kubur'
Senaskhah buku bertukar tangan, "Ya Allah, patutlah Insyirah selalu menangis...Khalilah tak tahu mak cik."
"dan sejak dari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa.  Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.."
Khalilah amsih kaku.  Tiada suara terlontar.  Matanya basah menatap kalam diari Insyirah yang diberikann oleh ibu.
"satu cincin aku pakai sebagai tanda aku dirisik oleh MAUT.  Dan satu cincin aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT.  Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri pada ALLah.  Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Suulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta.  Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaknya sekali.  Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu." 

No comments:

Post a Comment