Tuesday 30 October 2012

bestfriend:))

assalamualaikum dan selamat hari raya:))

masih belum terlambat bukan untuk mengucapkan raya haji.hehe.life yang busy sejak 3-4 bulan nie buat diri ini tak sempat pun nak menjengah blog nie.hari nie masuk blog balik bawak penyapu,feather duster dgn mop segala bagai*over*:D.niat nak membersihkan sawang2 dan habuk-habuk yang telah memenuhi blog ni.

lately nie,there was something in my mind.something about relationship that we called bestfriend.maksud bestfriend nie terpulang pada setiap individu nak mentafsirkan yang sebagaimana. tapi secara umumnya orang akan cakap,bestfriend a.k.a kawan baik/kawan rapat ni adalah orang yang sentiasa bersama kita dikala susah dan senang,dikala sedih dan ketawa,dikala hujan dan panas.

bagi diri ini,bestfriend itu ditafsirkan sebagai seorang insan yang sedia mengigatkan diri ini tatkala diri ini leka dengan permainan dunia,membawa diri ini kearah jalan kebenaran dan jalan kejayaan malah sudi berkongsi setiap detik bahagia bersama. dalam kamus hidup insan ini, tak perlukan label sahabat baik ketika kesusahan,kerana insan ini dilahirkan bukan sebagai insan yang sudi berkongsi kesusahan yang dihadapi dengan orang lain.biarlah dia melihat gelak tawaku,tapi ku tak ingin dia melihat tangisan air mataku.

lumrah kehidupan, semua insan akan berkata,masalah jangan disimpan sorang2,tapi tidak bagi diri ini. kehadiran sahabat baik dalam kehidupanku cukup sebagai seseorang yang sudi menyayangi diri ini seadanya dan menerima seadanya.



zaman moden ini bukan sahaja kaum sejantina boleh menjadi sahabat baik, malah ada jua yang berlainan jantina. namun,sekiranya memilih rakan berlainan jantina sebagai sahabat baik,batas2 pergaulan perlu dijaga.namun kebnayakkannya, kes-kes sebegini akan berakhir dengan terdiri nya masjid dari sebuah perhubungan yang dinamakan kawan baik ini.

seorang sahabat pernah meluahkan rasa ketidakselesaannya apabila orang yang dia cintai itu mempunyai bestfriend dengan berlainan jantina.hatinya cemburu dan sakit tatkala melihat mereka bersama.tapi lumrah hidup,jodoh,ajal dan rezeki itu ketentuan Allah,kita sebagai manusia hanya merancang. kepada insan2 yang mempunyai sahabat baik a.k.a bestfriend ini bersyukurlah kerana anda mempunyai sahabat yang sentiasa menyayangi anda seikhlas hatinya dan tak lokek meluangkan masa mereka untuk anda:)

semoga perhubungan yang terjalin atas tali persahabatan ini akan kekal selamanya.bersahabat dan berpisahlah kerana Allah:)



 this one,i dedicated to all my friend:))