Saturday 14 January 2012

ekspo

13-16 januari telah diadakan ekspo penternakan, nelayan dan petani di parit buntar, perak. akhirnya tadi saya berkesempatan melawat ekspo tersebut bersama-sam ahli keluarga. dan yang paling menariknya, begitu ramai orang yang menghadiri ekspo tersebut malah telah memenuhi kawasan tersebut sekitar jam 7 pagi lagi. sangat memberansangkan. dengan mengadakan ekspo ini, para petani terutamanya dapat didedahkan dengan transformasi dan inovasi yang telah dilakukan dalam bidang pertanian itu sendiri. bnyak pameran telah diadakan di booth-booth. dan 80 buah bas telah disediakan untuk membawa para pengunjung dari setiap pelosok negara. pagi tadi, Dato' Seri Diraja Najib, perdana menteri kita telah datang merasmikan ekspo tersebut seawal jam 10 pg. khemah tempat perasmian telah dipenuhi oleh ramai orang yang menanti ketibaan perdana menteri kita. di sepanjang pameran yang diadakan pelbagai produk hasil dari industri juga telah dipromosikan. para pengunjung dapat melihat sendiri produk yang dihasilkan melalui inovasi. pekan parit buntar yang sebelum ini agak lengang, telah dipenuhi oleh kereta-kereta dan bas. namun, masalh kesesakn telah dapat diatasi dengan bantuan polis trafik yang menjaga lalulintas. malah, anggota-anggota polis ini telah bertugas sejak pukul 6 pagi lagi.
*gambar2 akan dipost kemudian*

No comments:

Post a Comment