Monday 14 January 2013

2013,its semester break:)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,masih berkesempatan unutk menulis lagi dengan izinNya. Berakhirnya tahun 2012 kini berganti dengan tahun 2013 pula. Alhamdulillah,sempat menghabiskan satu tahun yang penuh bermakna bersama rakan-rakan dan keluarga.banyak kenangan yang tercipta dalam tahun 2012 itu sendiri. Kenangan-kenangan yang tak mungkin bakal saya lupakan. Akan sentiasa tersemat kemas dalam lipatan sejarah hidup. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi hadir dalam kehidupan saya.

Tamatnya tahun 2012 seiring dengan tamatnya pengajian di semester 1 bachelor kejuruteraan pertanian dan biosistem. walaupun semester 1 berakhir selepas beberapa hari menjengah ke tahun 2013. dapat menghabiskan semester 1 dengan penuh jaya dan cemerlang merupakan satu impian.

  • berjaya menghabiskan semester tanpa masalah disiplin---success
  • hantar semua assignment on time---success
  • result cemerlang (target 3.50)---pending--------


result ni kena tgok dulu la,lecturer sedang sibuk tanda paper exam dan saya pun sibuk hari-hari budak sistem  maklumat pelajar if lecturer ada update marks.hehe.tak sabar nak tahu markah.:)

berakhirnya semester 1 pula bermakna bermula lah cuti semester selama sebulan buat pelajar-pelajar ijazah. macam saya start cuti 9hb januari, buat rakan-rakan yang habis exam awal,makin awallah kepulangan mereka ke kampung halaman masing-masing. yang lambat pula, bersabarlah, akan ada 'reward' lain untuk kesabaran anda menanti waktu cuti anda;). namun ada juga rakan-rakan yang merungut tidak dapat pulang kerumah kerana terlibat dengan kem-kem yang dianjurkan oleh pihak kolej mahupun persatuan. buat yang tidak dapat bercuti kerana tanggungjawab yang digalas pula,saya harap mereka ikhlas memikul tanggungjawab itu. jangan risau,setiap tanggungjawab yang anda laksanakan dengan ikhlas, in shaa Allah, ada pulangan lumayan yang belum terlihat mata kasar sekarang:)).

yang duduk di rumah pun tak boleh nak makan tidur sahaja. sebelum pulang bercuti dahulu, saya tidak terus pulang pada 9hb, menginap beberapa hari dahulu di kolej  kesayangan bersama teman-teman tersayang. bila ditanya mengapa masih belum pulang. saya menjawab "kalau balik rumah pun bosan,tak ada apa-apa yang boleh dilakukan". tapi ibu tetap mengesa saya pulang, saya turut kata ibu dan pulang kerumah pada 12hb. setelah pulang baru saya menyedari bahawa banyak perkara sebenarnya yang saya perlu lakukan di rumah,dan ibu perlukan saya. saya hampir terlupa, andai sahaja saya kebosanan dirumah,ibu pasti lagi bosan, jadi sepatutnya saya yang menemani ibu di rumah. maafkan saya ibu:(.saya lalai dan tidak memikirkan perasaan ibu.peringatan buat diri dan sahabat2,sentiasa ingati keluarga. family comes first:)



till meet again
jie
220635




No comments:

Post a Comment